Sunday, January 15, 2012

Cintailah Alam Sekitar

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
         Antara kepentingan alam sekitar:
  • Kesihatan manusia terjamin
  • Tarikan pelancong asing
  • Pembekalan udara yang segar
  • Ekosistem yang stabil
  • Habitat hidupan darat dan air terpelihara
  • Mengelakkan kepupusan

    Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar.
    Antara punca-punca kelemahan alam sekitar ialah:
    • Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan
    • Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
    • Pembakaran terbuka
    • Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.
    • Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk
    • Pembuangan sisa-sisa toksik

    Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air.
    Antara kesan-kesannya ialah:
    • Pencemaran udara dan jerebu
    • Fenomena hujan asid
    • Pencemaran bau
    • Pencemaran air
    • Kemusnahan hidupan akuatik
    • Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat
    • Keracunan
    • Hakisan tanah dan banjir
      • Jufa Zyha

No comments:

Post a Comment